PENGENALAN
Objektif projek menggegas dilakukan adalah bagi mendedahkan kepada pelajar teknik-teknik menggunakan peralatan di dalam bengkel,seperti kikir, gergaji besi, mesin gerudi, alat pengukur, dan sebagainya. Sebagai contoh,pelajar didedahkan teknik-teknik menggunakan mesin gerudi dengan betul di samping mematuhi peraturan keselamatan. Selain itu, pelajar juga di disiplinkan agar sentiasa mematuhi segala peraturan yang ada di dalam bengkel.
GAMBAR RAJAH PROJEK:
1PERALATAN DAN MESIN YANG DIGUNAKAN
a)Pembaris keluli:
•Mengukur jarak
•Menguji kerataan permukaan benda kerja
•Membuat garisan lurus
b)Penggarit
* Membuat garisan atau tanda pada permukaan logam.
c)Penebuk Pusat:
•Menanda pusat bulatan sebelum kerja menggerudi.
d)Sesiku L:
•Membuat garis tegak dari tepi permukaan benda kerja.
•Menguji sudut 90.
•Menguji kerataan permukaan benda kerja.
e)Pembahagi Pegas:
•Membuat lengkok atau bulatan pada permukaan benda kerja.
•Mengukur jarak.
f)Tolok Tinggi Vernier :
•Menanda garisan selari pada benda kerja.
g)Plat Sudut
•Menyokong benda kerja semasa membuat kerja menanda.
•Memastikan benda kerja berada pada kedudukan tetap dan tepatsemasa kerja menanda.
h)Andas:
•Menyokong benda kerja semasa kerja membentuk
i)Ragum Meja:
•Memegang benda kerja dengan kuat dan teguh semasa membuatkerja seperti memotong logam dan mengikir logam
j)Pahat Logam.:
•Memotong dan memahat benda kerja.
k)Kikir :
•Memotong, menipis, dan melicinkan permukaan benda kerja.
l)Gergaji Besi:
•Memotong benda kerja kepada saiz yang dikehendaki.m) Gerudi:
•Menebuk lubang pada benda kerja.
LANGKAH-LANGKAH KERJA:
1.Memotong kepingan logam yang panjang kepada ukuran yang telah ditetap kanmenggunakan gergaji besi.2.Membuat ukuran pada benda kerja menggunakan pembaris keluli, sesiku L, tolok tinggi vernier dan penggarit.
3.Membuat lubang kecil pada bahagian A benda kerja denganmenggunakan penebuk pusat sebelum digerudi.
3.Membuat lubang kecil pada bahagian A benda kerja denganmenggunakan penebuk pusat sebelum digerudi.
4. 4.Memotong sisi bahagian A dengan menggunakan gergaji besi.
5.Bahagian A yang digerudi di buang dengan menggunakan pahatlogam.
6.Bahagian X dikikir menggunakan kikir untuk menipis dan melicinkan permukaannya.
6.Bahagian X dikikir menggunakan kikir untuk menipis dan melicinkan permukaannya.
7.Titik 5 dilubangkan menggunakan mata gerudi bersaiz 8mm.
8.Bahagian Y dikikir untuk mendapatkan lengkung.
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
- Memakai kasut keselamatan semasa berada di dalam bengkel.
- Memakai baju bengkel.
- Tidak menggunakan peralatan yang rosak atau sedang dalam proses pembaikan.
KESIMPULAN.
Setelah 3 minggu menjalankan kerja menggegas di dalam bengkel, akhirnya saya telah dapat menyiapkan benda kerjasaya. Selain itu, saya juga telah mempelajari cara-cara menggunakan peralatan dan mesin seperti kikir, penebuk pusat, pahat logam dan mesin gerudi.
RUJUKAN:
MODUL TEKNOLOGI WORKSYOP 1 (P Π) (JJ104)KEJURUTERAAN MEKANIKAL
best la assignment lu...
ReplyDeletethanks sangat2...ada la panduan nak buat report
ReplyDeleteterima kasih
ReplyDelete